Bismillahirrahmanirrahim :)

Assalamualaikum wbt.

Hai bloggers. After 2 YEARS I've left this blog. I repeat. 2 years.
So today I've come back. Dua tahun tu lama tau bagi nad. Macam-macam dah berlaku. Sampaikan nad nak log-in pun nad dah lupa dah e-mail dan password nad. Hihi. Sebelum tu,bagi yang mungkin dah lama tak melawat blog nad ni atau yang tak pernah melawat pun. Ishhhh takkan tak pernah? Tipu tipu ! Al-maklumlah blog nad ni tak femes. So,welcome to this blog. Muah sikit. Anggaplah blog ni baru. Sebab nad dah delete banyak post-post sebelum ini.

Semoga blog ini dapat memberi manfaat kepada readers. In shaa Allah. Dan nad perlukan sokongan para bloggers dan para readers. Sebab dah lama sangat nad tinggalkan dunia blogging. Need your support :)

Nad juga nak ambil kesempatan. Mari kita sama-sama sedekahkan Al-fatihah buat arwah abah nad,Yacob Bin Ismail yang telah kembali ke rahmatullah pada 7 Februari 2014. Dan merupakan 10 hari sebelum hari lahir nad yang ke-19. Nad akan ingat sampai bila-bila. Tarikh ini tak akan nad lupa sampai bila-bila. Sekadar berkongsi,masa tu nad hampir putus asa. Rasa kosong. Rasa dunia dah tak bermakna dah untuk diteruskan.

Masa tu nad masih di matrikulasi. Bagi yang pernah belajar di matrikulasi mungkin faham betapa sibuk dan betapa ruginya kalau tak hadir walaupun satu kelas. Masa tu nad tak datang seminggu berturut. Dan ada beberapa hari nad demam panas,sakit perut. Kesihatan tak terjaga. Nad tak fokus study. Tak baca buku. Tak bergaul dengan kawan. Menangis sepanjang masa. Orang kata dalam proses berkabung. Result semester 2 nad turun mendadak. Jadi nad tak dapat result macam yang nad target. Tapi Allah tu maha adil kan. Diberi kita petunjuk dengan pelbagai cara. Alhamdulillah. Hubungan kekeluargaan nad semakin kukuh. Malah semakin erat. Setiap kali ada masalah. Kami akan berbincang adik-beradik. Alhamdulillah terima kasih Allah :)

Sekarang nad sambung ijazah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dalam bidang pendidikan ekonomi. Walaupun ada macam-macam ura-ura negatif orang lain. Tapi nad tak ambil kisah sangat pasal tu. Sebab rezeki mutlak terletak di tangan yang Esa. Ada di mana-mana sahaja dan datang dengan pelbagai cara. In shaa Allah,I will post something valuable thru this blog.

Assalamualaikum :)
thanks for reading ! =D

0 Orang doakan saya bahagia dunia akhirat :):

©2014 Nutsaje[dot]blogspot[dot]com. All Right Reserved