Tips: Temuduga

Contoh-contoh soalan temuduga

Berikut adalah petikan contoh-contoh soalan yang biasanya ditanya semasa temuduga:
  1. Cerita sedikit tentang diri anda. 
  2.  Bagaimanakah saya membayangkan diri anda 5 tahun daripada sekarang?
  3. Mengapakah anda memilih kerjaya yang sedang anda kejar sekarang?
  4. Apakah  perkara yang dapat memotivasikan anda?
  5. Apakah kelayakan yang anda miliki yang boleh menolong dalam kerjaya pilihan anda?
  6. Bagaimanakah anda menentukan/menilai kejayaan?
  7. Apakah sumbangan yang anda dapat berikan kepada pihak kami?
  8. Apakah kelemahan-kelemahan anda?
  9. Adakah gred-gred yang anda capai semasa belajar menggambarkan kebolehan anda sebenar?
  10. Mengapakah patut kami memilih anda?
  11. Ceritakan satu pengalaman yang paling berguna kepada anda.
  12. Bagaimanakah anda apabila bekerja dalam keadaan yang tertekan? (work under pressure)
  13. Apakah kesulitan yang pernah anda hadapi dan bagaimana anda dapat mengatasinya.
  14. Apakah yang anda telah pelajari daripada kesilapan-kesilapan pada masa-masa lalu?
  15. Apakah objektif kerjaya jangka panjang anda?
  16. Bagaimanakah anda merancang untuk mencapai matlamat kerjaya anda?
  17. Apakah kualiti yang perlu ada pada seseorang yang berjaya?
  18. Apakah subjek yang anda paling minat dan paling tidak minat sekali? Mengapa?
  19. Apakah perubahan-perubahan yang anda akan lakukan semasa berada di kolej atau universiti? Mengapa?
  20. Apakah yang anda telah pelajari daripada penyertaan anda dalam aktiviti kokurikulum?
  21. Adakah anda mempunyai keutamaan tempat/lokasi anda bekerja? Mengapa?
  22. Apakah ganjaran terpenting yang anda jangkakan dalam kerjaya anda?
  23. Bincangkan sedikit tentang isu semasa yang berkait dengan kerjaya pilihan anda.
Pastikan anda membiasakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan sebegini secara spontan sekiranya ditanya oleh panel penemuduga

Soalan Trik: Ceritakan berkenaan diri anda (Tell me about yourself)







Awas! 3 perkara yang anda perlu tahu berkenaan soalan sebegini 

Soalan berkenaan "Ceritakan berkenaan diri anda" ataupun dengan bahasa Inggerisnya "Tell me about yourself" kerapkali ditanya semasa diawal temuduga.

Terdapat 3 tujuan utama untuk soalan ini:

  • Sebagai sesi 'ice-breaking'
  • Untuk menguji kelancaran anda dan kematangan anda ketika berbicara
  • Untuk mengetahui tahap minat anda terhadap kerjaya yang dipohon
 
PERTAMA: "Ice-breaking"
Pertama sekali penemuduga berkemungkinan telah membaca resume ataupun kelayakan anda secara sepintas lalu dan sesi ini adalah untuk mengenali anda secara bersemuka (in-person).
Jadi soalan ini dijadikan sebagai titik permulaan perbualan anda dan para penemuduga, dan untuk mengelakkan rasa janggal dan kekok
Maka dengan sebab itu, kebanyakan temuduga akan dimulakan dengan soalan begini.

KEDUA: Menguji Kelancaran Anda dan Kematangan Anda Ketika Berbicara
Majoriti penemuduga telahpun tahu dan arif berkenaan suasana bilik temuduga boleh menyebabkan anda 'cemas' dan 'panik', akan tetapi ia juga boleh menjadi medan untuk menguji kemahiran anda berkomunikasi sekiranya anda berhadapan dengan situasi 'tegang' sebegini.
Soalan 'ice-breaking' seperti "Tell me about yourself" sememangnya boleh dijadikan kayu ukur untuk melihat kemahiran komunikasi anda untuk menceritakan sesuatu yang mudah kepada penemuduga. Faktor-faktor lain seperti kelancaran dan kematangan juga diambil kira ketika anda sedang menceritakan perihal diri anda. 
Apa yang perlu diberikan perhatian, adalah:
  • Kelancaran (kalau tak lancar, anda tidak yakin, berkemungkinan juga ketidaklancaran tesebut memberikan isyarat yang mungkin anda sedang memikirkan cara untuk 'meng-kelentong' penemuduga)
  • Emosi - Perasaan takut dan gementar adalah biasa, tapi sekiranya ia keterlaluan, ia menunjukkan anda tidak matang dan kurang berkeyakinan)
  • Eye Contact - First impression is everything, memandangkan ini merupakan soalan pertama yang ditanya, penemuduga akan membuat penilaian pertama terhadap perilaku anda tatkala peringkat ini. Kegagalan anda membuat eye-contact sewajarnya menunjukkan anda kurang 'soft-skill', kurang berkeyakinan, ataupun tidak berminat dengan temuduga tesebut dan ini memberi kesan terhadap soalan -soalan berkaitrapat dengan pekerjaaan yang seterusnya. (Nota:  terdapat juga calon yang terus ditamatkan temuduga tanpa ditanya soalan teknikal berkaitan kerja, hanya kerana kurang membuat eye-contact sahaja
AWAS: anda tidak digalakkan mengunakan humor ataupun berloyar buruk di peringkat ini, sekiranya penemuduga berlawak, anda dinasihatkan supaya hanya menyambutut dengan senyuman dan cukup sekadar meng-iyakan ataupun 'acknowledge' lawak penemuduga terbabit. 

KETIGA: Mengetahui Tahap Minat Anda Terhadap Jawatan yang Dipohon


Ini adalah point terpenting!

Sekiranya penemuduga menyuruh anda menceritakan perihal diri : Jangan sesekali anda menceritakan tentang hal-hal peribadi anda kepada penemuduga seperti dimana anda bersekolah, bilangan adik-beradik, suami, isteri, hobi, aktiviti dimasa lapang dan sebagainya, kecuali sekiranya penemuduga meminta anda menceritakan perkara tersebut. Tapi, sekirapun ya, hadkan penerangan anda, kerana penemuduga sebenarnya tidak berminat untuk mengetahui secara mendalam sejarah hidup anda.

Apa yang dikehendaki penemuduga adalah anda sepatutnya memperkenalkan diri anda secara ringkas, dan menyatakan status perkahwinan anda, dan mungkin tempat tinggal dan kelulusan tertinggi anda (SPM, diploma, degree) dan kaitkan ia dengan jawatan yang dipohon.

Ceritakan sedikit berkenaan pengalaman kerja anda yang boleh dikaitkan dengan jawatan yang hendak dipohon. Walaupun anda memohon jawatan pegawai, dan anda hanya ada pengalaman berkerja di fast-food restaurant sahaja seperti KFC!



Kunci terpenting yang dicari oleh penemuduga adalah kebijaksanaan anda mengaitkan pengalaman anda bekerja di KFC tersebut dengan jawatan anda pohon pada masa kini. Seperti anda dapat mengaitkan nilai-nilai murni seperti semangat bekerjasama, memahami etika berkerja, mendapat pengalaman menguruskan masa dan karenah orang ramai, memperoleh kemahiran menguruskan pelanggan yang hilang sabar dan kaedah menanganinya sekiranya anda dilantik untuk menguruskan sesebuah unit ataupun jabatan.

Dan sekiranya anda menyertai aktiviti luaran ataupun ko-kurikulum, anda seharusnya mengkaitkan aktiviti tersebut dengan nilai-nilai murni yang dapat diterapkan dengan menyertai aktiviti ko-kurikulum tersebut.

Cuba sedaya upaya untuk mengaitkan pengalaman hidup anda dengan objektif dan juga kehendak skop tugas jawatan yang anda sedang pohon sekarang. Gunakan peluang ini untuk tarik perhatian penemuduga terhadap  kemahiran dan kebolehpasaran anda.

Kesimpulan secara ringkas:

Soalan "Ceritakan perihal diri anda" perlu dijawab secara berstruktur mengikut tip ini:
  • PEMBUKAAN: Mulakan dengan pengenalan pendek: Nama, asal, status perkahwinan, kelayakan akademik tertinggi, minat (kaitkan dengan jawatan dipohon
  • Ringkasan pengalaman kerja anda: Kaitkan pengalaman kerja anda yang lepas dengan jawatan yang anda sedang pohon sekarang walaupun hanya kerja sementara ataupun kerja rencam.
  • Beri jawapan yang ringkas, padat dan bermakna : Maksudnya, jangan bercerita  'kosong' dengan penemuduga. Setiap jawapan dan penerangan anda berkenaan soalan tersebut haruslah mempunyai 'makna'. Iaitu, setiap penerangan jawapan anda haruslah menyokong peluang anda untuk merebut jawatan yang sedang dipohon.


Soalan Trik: Ceritakan Kelemahan Diri Anda

Sudah menjadi lumrah dalam temuduga sekiranya anda ditanya soalan trik yang 'rumit' untuk dijawab. Post kali ini memfokuskan berkenaan cara menjawab soalan "Ceritakan Kelemahan Diri Anda".

Soalan ini biasanya ditanya ketika hampir di penghujung sesi temuduga, dimana penemuduga menggunakan soalan ini untuk mengetahui dan menguji daya pemikiran kreatif calon temuduga.

Calon yang tidak berpengalaman kebiasanyaannya akan:
  1. Menjadi gugup,gementar dan mengambil masa yang panjang ataupun tidak berupaya untuk menjawab soalan ini dalam masa yang singkat.
  2. Menceritakan perihal keburukan diri yang boleh mengakibatkan panel penemuduga mengambil jalan singkat untuk mengenepikan permohonan calon tersebut.
  3. Cuba untuk mengelak dari menjawab soalan berikut dengan menanyakan soalan balas kepada penemuduga untuk melengahkan jawapan.
Tips untuk menjawab soalan ini:

1. Ceritakan kelemahan yang boleh memberikan impak positif
Bagaimana? Dengan menceritakan minat ataupun kemahiran anda yang secara tidak langsung memberikan kesan terhadap persekitaran anda. Contoh:
Sample jawapan1
 "Menjawab kepada soalan tuan, apa yang saya dapat lihat pada diri saya adalah, apabila saya mula menumpukan perhatian terhadap sesebuah task, saya dapati sukar untuk saya berhenti, sampai balik rumah pun saya terbayang-bayangkan task tersebut".
Sample Jawapan 2
"Saya memang seorang yang people person dan ceria, sampaikan kadang-kadang saya rasa saya terlebih spend masa dgn client, semata-mata nak entertain client tersebut."
2. Ceritakan kelemahan yang tidak berkait-rapat dengan kerja
Satu lagi cara adalah dengan menceritakan kelemahan yang langsung tidak berkaitan dengan pekerjaaan yang dipohon. Bergantung juga kepada panel penemuduga, kadangkala calon termuduga boleh menggunakan peluang ini untuk mengubah mood kepada mood yang lebih ceria dengan sedikit humor.
Sample Jawapan:
"Kelemahan diri saya yang utama sekalui -- saya tak ada bakat langsung dalam masakan, pernah sekali saya cuba nak save budget makan dalam apartment. Saya cuba untuk buat ikan kering masak asam, tapi bila je saya masukkan cili dalam belanga, terus keluar asap berkepul sampai alarm kebakaran berbunyi.... apa lagi panik terus. Keluar je rumah, jiran2 dah berkumpul sebab diaorang ingatkan ada kebakaran... sejak tu saya dah tak berani nak cuba-cuba nak explore masak lagi."
Perhatikan sample jawapan tersebut tidak mencerminkan langsung kelemahan calon dalam melaksanakan tugas (kecuali sekiranya memohon dalam bidang masakan!). Peluang menceritakan pengalaman sebegini boleh menjadi bahan jenaka dan humor untuk mengurangkan rasa stress dikalangan panel penemuduga. Selain itu, ia turut memberikan impresi bahawa anda merupakan people person dan pandai berkomunikasi.
Anda boleh juga menggunakan pengalaman lain seperti pengalaman anda melukis, berenang, membaiki kereta dan sebagainya yang menunjukkan anda mungkin tidak berbakat dalam sesuatu bidang, tp arif dan berkompetensi dalam bidang pekerjaan yang anda pohon.
 
 
 

Eye-Contact Semasa Temuduga

Eye Contact memainkan peranan penting ketika temuduga.
  • Eye Contact yang kurang akan memberikan impresi bahawa calon tersebut tidak yakin ataupun kurang bersedia.
  • Mata yang sering kali berkedip-kedip  menunjukkan calon gemuruh ataupun kurang jujur ketika menjawab soalan penemuduga.
  • Elakkan mata dari liar memandang persekitaran bilik, seperti siling, meja, perabot dan sebagainya. Tumpukan perhatian dan pandangan kepada para penemuduga.
"Eye-contact" merupakan suatu bentuk 'body-language' yang dapat memberikan  gambaran awal kepada penemuduga tentang tahap kebersediaan calon terhadap jawatan dipohon 
 
 
 

Cara tangani soalan 'sukar' dan 'mencabar' dalam temuduga

Kadangkala di dalam suasana temuduga, calon akan ditanyakan soalan yang boleh dianggap sebagai 'sukar' dan 'mencabar' dalam temuduga.

Contoh soalan 'sukar' dan 'mencabar':
  • "Saya faham anda mempunyai pengalaman luas dalam bidang ini, akan tetapi bolehkah anda jelaskan sebab-sebab meninggalkan pekerjaan yang sedia ada ?"
  • "Boleh terangkan sebab anda berhenti kerja di tempat lama pada tahun XX?"
  • "Saya dapati anda tidak menyenaraikan apa-apa pekerjaan diantara tahun XX sehingga YY, boleh terangkan mengapa?"
  • "Saya dapati anda kerap bertukar kerja diantara tahun XX sehingga YY, boleh jelaskan mengapa?"
Mengapakah soalan sebegini dianggap 'sukar'?

Soalan sebegini dianggap 'sukar' dijelaskan semasa situasi temuduga kerana selalunya ia ditanya dalam keadaan spontan dan biasanya ditanya selepas sesi santai ice-breaking  'memperkenalkan diri'. Bayangkan, selepas sahaja sesi memperkenalkan diri dan bersantai-santai, tiba-tiba sahaja soalan sebegini ditanya.... tentu sukar bukan?

Tiga Prinsip Utama menjawab soalan 'sukar'
Walaubagaimanapun, Untuk mengelakkan dari perasaan gemuruh, ingatilah tiga prinsip utama menjawab soalan 'sukar':
  1. Tujuan utama soalan tersebut ditanya
  2. Jawapan yang ringkas dan sesuai
  3. Nada dan intonasi yang positif
 
 
Kaedah Menjawab Soalan 'sukar'
Perkara pertama sekali adalah kita harus berpegang teguh kepada tiga prinsip diatas dan pada masa yang sama cuba untuk tidak menunjukkan perasaan gemuruh.
Tujuan utama soalan tersebut ditanya
  • Setiap soalan yang ditanyakan kepada calon kebiasaannya dirancang untuk menduga kebolehan calon berkomunikasi. 
  • Soalan 'sukar' sebegini biasanya dapat menentukan sama ada calon tersebut 'matang' atau sebaliknya.
  • Calon yang matang, dapat memberikan jawapan yang ringkas dengan nada yang positif, manakala calon yang kurang matang akan memberikan jawapan yang lemah dan kerap gemuruh ketika ditanya.
Jawapan ringkas dan sesuai
  • Elakkan dari memberikan jawapan yang terlalu panjang berjela. Hal ini untuk mengelakkan calon daripada menjadi terlebih teruja dan menceritakan perkara yang berada di luar skop jawapan yang dikehendaki penemuduga.
  • Jawapan yang padat juga dapat menunjukkan kematangan calon.
Nada dan intonasi positif
  • Gunakan nada dan intonasi positif semasa menjawab soalan sukar.
  • Misalnya, sekiranya diminta untuk menerangkan berkenaan kekerapan anda bertukar kerja, cuba elakkan perkataan-perkataan negatif seperti - 'masalah', 'tekanan', 'kecewa', 'bosan', 'malas', 'susah','rumit'
  • Sebaliknya, semasa menjawab soalan tersebut, cuba untuk menggunakan perkataan alternatif yang membawa maksud  lebih positif seperti: "mencabar", "cabaran", "peluang yang lebih baik", "peningkatan diri", "peningkatan kerjaya", "daya usaha" dan  'kepimpinan'.
  • Elakkan dari menyalahkan syarikat lama anda bekerja, bekas majikan atau sebarang polisi kerajaan dan institusi awam.
  • Cuba untuk merangka jawapan yang menunjukkan anda seorang yang sukakan cabaran dan sentiasa boleh memikul tanggungjawab dan mempunyai daya usaha dalam mempelajari benda baru dan mementingkan peningkatan kerjaya dalam sesebuah institusi.
Kesimpulan

Soalan 'sukar' sememangnya tidak dapat dielakkan di dalam mana-mana situasi temuduga namun begitu, soalan sebegini  dapat ditangani sekiranya calon dapat memahami dan menguasai ketiga-tiga prinsip yang telah diterangkan diatas.
 
 
 
sumber ---> TIPS TEMUDUGA

thanks for reading ! =D

1 Orang doakan saya bahagia dunia akhirat :):

Azrin Rahim berkata...

TQ for the tips ni.. boleh juga digunkn untuk iv SPP kelak.. tabg kelemahan tu pening sikit.. nak kne pdai back up blik tntg klmhn kita tu.. hehe

©2014 Nutsaje[dot]blogspot[dot]com. All Right Reserved